Thursday, June 20, 2019

Raya 2019

Assalamualaikum. hai lama xbersua.hehe..Masih belum terlambat nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir & batin kepada semua muslimin & muslimat. Amacam raya korang tahun ni meriah x?Kami sebagai anak perantau mmg biasa sahajalah. Beraya di rumah family yang ada di sekitar semenanjung ni.Tu pun xsemualah, mana yang mampu je pergi ziarah.

Agak lama senyap sebab time bulan puasa agak terkejar masa n letih somemore🤭Almaklumlah berpuasa sambil masih menyusukan anak. Ada hari ok macam biasa ada hari ya ampun letihnya smpai xlarat nak bangun. Tapi still gagahkan diri jgk masak utk berbuka, kadamg ada beberapa hari je beli dkt bazar ramadhan. Tekak kadang nak jgk makanan lain kannn.

Sebenarnya dari sebelum puasa nak buat entri tapi fikir nak up apa ya. Idea banyak tapi asyik tangguh hah jd mcmni la satu apa pun xbuat.hehe.. ampunnn🙏 So kalau ada idea tu terus buat je jgn tangguh hokeyy. Bulan puasa haritu ada jgak masak istimewa, ambil jgk la gambar semua dgn niat nak share tp next entri sis share hokeyy.

Persiapan raya 2019 kali ni xdak la nak meriah sgt tp baju mmg kena adalah kan. Pencarian baju raya sblm raya tp xjumpa mana encik abg kita berkenan. So mmg sorg pn xdpt smpai bln puasa, hari ke-17 kalau xsilap pergilah memburu baju raya. Warna tema Royal Blue,  sis berminat ada baju kebaya ni dia bukak pop up shop dkt velocity mall tp hampa mmg dh hbs kot n pilihan xbanyak. So pergilah ke bangi sentral semula tempat yang kitorg pergi sebelum puasa tu. Mmg meriah bangi sentral, cuaca haritu mmg redup syukur jgklah. 1st kedai g  gulatis pilihan xbyk tp encik abg adalah baju dia grab. Sebab kitorg pn mls nk serabut dh jumpa berkenan grab terus. Beli kurta harga agak pricey sikitla tp bak kata husb ambil shjlah mls nk pikir😁.

Then gerak bangi sentral tu la y byk kedai tu. Nampak je kedai y ada colour n baju berkenan terus masuk. Jalan punya jalan jumpa kedai baju bdk2 so naiklah. Dapat baju kurung utk dadik tedemok n kurta utk c abg. Butik firdaous kalau xsilap nama kedai tu. Baju y display dkt bwh td mmg xdak size utk dadik dh, mummy is kecewa tp baju kurung tu pn cantik. Done baju bdk2 nahh mummynya xdpt lg ni. Tengah nak cari2 tu hujan plak agak lebat ya then pergilah surau sambil nk solat sambil susukan c dadik y mengantuk kesian dia. Sejam kot hujan pn stopa lah.

Mummy dh giveup ckpla nk g tmpt y sblm ni je beli kebaya kt situ. Try kebaya tp size mcm kecik so dpt grab kebarung cutting besar okla yeayy suka. dh settle semua terus baliklah apalagi penat kot. Anggaran perbelanjaan baju dlm 4rtus lbh jgkla. Singgah bazar utk berbuka. Bah bwh ni sis share hasil tangkapan baju raya weols.




Gambar raya yg sempat di ambil di bawah ni.










Thursday, April 25, 2019

Pentagon business centre sdn bhd

Assalamualaikum


Gambar sumber google

Nak taip pun entri ni macam berat hati sangat. Sebab perasaan kecewa tu teramat sangat. Tak dapat keja tu salah satu sebab, tapi yang paling ku kukesalkan sangat kenapa ya ada jugak orang nak menipu orang lain dengan cara macam ni???why why?? Dorg tu mmg xdak hati perut ek? Semua yang ada kt office tu semua penipu ek??? maigadddd...ramai melayu n bertudung kot!! Xdak rasa bersalah ek dalam diri buat keja nak tipu orang? weyh kita bekerja ni carilah yang halal yang x tipu orang, jd darah daging kot. Haishhh xpahamla!!! 

Ok sorry2, terEMO banyak nie! Kerja nie sebenarnya aku applied kat indeed.com. lebih kurang macam jobstreet la tapi walaupun jobstreet tu macam agak old style tapi still relevan n boleh percaya weyh. Indeed nie aku dpt tau dr sorg kwn so selain aku apply kt jobstreet aku apply jgk kt situ. Eh tapi jgn salah faham pulak bkn nak salahkan indeed.com, nak highlight kan kerja n company tu. Indeed tu ok je sbb keja 1st boss tu sendiri ws aku sbb dia call aku xangkat. y tu company catering. Tu cerita lain pulak. Next entri la cerita ya. Kerja nie kerja kedua yang kira macam nak dpt iv la. Aku applied keja as HR Officer...katanyaaaa!!! Macam cepat sgt company tu ws aku.


Then pergilah iv 23 Apr 2019 selasa. O sblm terlupa dkt indeed tu dia letak nama company lain RK Business Center. Sesampai d sana aku naik tingkat 3A pastu cari2 eh 1 office je kt tgkt tu. Tapi peliklah dlm tu nama lain. Masuk jgklah tnya admin tu then dia ckp btl. Ok masih positif lg ya. Isilah form then aku tgk ada 3orang jgk dtg iv sblm aku. Lepas dh bg form ad pmpuan tu dtg lah ke aku dia mntk ic kengkonon nk check katanya. Suruh aku tunggu lg, lama tau drpd y lain tu. Aku dh la nervous kalau iv nie. Sbb aku tunggu lama n bru masuk k office tu pn dh start dgr org rmai bising sgt kt dlm tu. Aku pn mcm eh np bising sgt? o maybe dorg tgh training kot. Positifnya i kannn... #postifselalu... hahaha.. kalau baca tajuk entri nie mmg tu nama syarikat yang dorg letak kat dpn office dorg. Aku macam ek betul tak tempat aku pergi nie sebabnya aku applied kt indeed tu nama company lain. Teruskan lg pdhl dlm hati ada jgk tersangsi yelah mcm benda macam Sesuatu sgt ya.

Berkenaan company tu..katanyaaaa!!!;
“RK Business Center Sdn Bhd is a outsource customer service company. We provide professional customer service for our clients regarding a particular IT software that they purchased from our partner which is based in Hong Kong.''

Address;
A-3A-3, Level 3A,
Hampshire Place Office, 157 Hampshire,
No.1, Jalan Mayang Sari, 50450 Kuala Lumpur 

Sambil aku menunggu ada 2 orang nie masuk( rmai kot org keluar masuk) staff melayu fluent english dia bwk chinese man. Chinese man nie aku panggil uncle la ek, uncle nie pkai smart dia dtg iv jgk tapi cara staff lelaki tu entertain dia mcm boss weyh sangattt mcm layan bebaik lah. Aku bermonolog lg, pehal layan staff nie lain drpd y lain ek. Hmm sesuatu lg! Tgk uncle tu mmg mcm org have2 je bek bag coach mstilah kot org layan bebaik. Pastu dia dpt iv dlu tauu n guna blik y dkt dpn so nmpklah sapa masuk bilik tu. Staff tu suruhla masuk kt blik katanya his manager will take over the iv because person in charge is quite busy right now. Rasanya mcmtu kot modus operandi dorg, dorg xreveal pn sapa pic macam aku jgk lbh kurg bkn pic y iv aku. O ya yang manager katanya tu Encik Azam xsilap nama dia tu pkai blazer semua, nampak jgk keluar masuk ehhh mmg sesuatu lahh!!!

Lepastu barulah aku d panggil, pnpuan tu say sorry sbb lambat pgl aku. Aku masuk je mmg ramai org ntah buat apa je mmg bising, aku d ajak masuk k 1 bilik. Kt dlm tu chinese nama dia daniel, dia la iv aku. Pmpuan tu nama dia saba duk bdiri jd mcm PA la pulak. start la iv in malay tauu, xpenah lg i jumpa interviewer chinese ckp melayu tauu. Ku layankan aja sbb kita nak buat terbaik kan. Cara iv org pn mcm pelik la langsung xdak pro gichewww. Awl2 dia explain pasal nama company tu, katanya y kt indeed tu ank syarikat. Dlm hati np perlu guna nama syarikat lain? dh borak2, dia ckp rasanya nie boleh bg 3k nie sbb berdasarkan pengalaman awk. Lagi modus operandi membutakan mata hati kita dgn gaji lumayan. Sapa xhappy weyh dlm hati, ok cukup nie aku nak tampung taska anak2 aku. Happy xterkata nak bahagiakan anak weyh. Tapiiii, dia ckp kena dtg orientation dlu selama 5 hari start 25 26 29 30 &1hb. Lepastu 2hb rehat 3hb dtg office untuk sign letter of offer. Pelik kan np dtg orientation dlu sblm sign. Peliknyaaa!!

Tau x aku ada sehari je untuk nak cari nursery untuk anak2 aku, This is crazy man!!Tapi aku macam terus nak usaha cari but my husb said take it easy time is too short cannot! atleast awl bln may bolehlah. Ok dorg bg masa 24hb tu aku update 530pm boleh ke x. Ok lah blek y pmpuan tu siap hntar k lift lg. Dok borak skjp saba tu baru 6bln keje situ. Aku xsabar dh finally dpt keja kan, Balik rumah tu mmg migrain dh penat weyh. Malam tu rasa nak google  company tp asyik tlupa sbb sblm tu google rk business center mmg xdak weyh. Malam tu ngah nak tlelap asyik fkir company tu then mcm mimpi what if company tu tipu, instinct dah ada tuu.

Esoknya 530pm aku update la gtau xdpt, boleh join 2hb may. Entah lepas dh ws baru aku google..Booom!!! tekan jak terus terpampang scam! Ya Allahh mcm speechless weyh nk nangis semua ada. Alamat y blogger tu tulis mmg exactly tempat yang sama! Allahuakbar nyaris2 aku tertipu. Sebab tu org ckp kena ikut naluri tu, kalau dh xsedap hati better jgn teruskan! Alhamdulillah masih terpelihara dari kejahatan manusia! Nyarisss😭😔😔 Bayangkanlah aku ikut je kesiannya kt
anak2 aku. Bkn senang2 nak settlekan semua dlm sekelip mata. sapa nak byr taska kalau nanti kena tipu gaji xdak! Ya Ampunnn mmg aku menangis klu fikir pasal anak. Sampainya hati dorg tu nak tipu org!

Mesti korg tnya cmna tau, sekarang nie boleh google so aku baca la komen org kt blog tu. Ada y keja dh stgh bln last2 gaji basic sbnrnya xdak. Takutnyaaa! Aku nie bukannya kaya, harta pn teda kang nanti kena tipu lg mcm mn! xsanggup nak hadap! Husband pn mcm dh pelik sebenarnya. Kalau korg google nama company tu mmg xdak satu pn y review bgus semua ckp scammer! So lepasnie kalau korg nk apply apa2 keja pastikan google dulu. tgk background company. Lepas aku dh ws pic tu nama dia Amirul, dkt ws pn xtunjuk display pic. Tau x dia boleh tanya masih berminat lg x dengan syarikat kami? hahaha..Aku xreply dh. Sebenarnya panjang lg nak cerita nie tp nanti2 sambung lah.

Anyway aku dh report jgk kt indeed tu scammer. Tapi xtaulah berkesan ke x.


Blog aku baca tu ada cerita jgk company tu dah pernah kena serbu tp still ada lg. Sebab dorg nie akan selalu tukar nama company. haihhla sekarang nie macam2 benda org boleh tipu. So kalau hati tu dh bg hint jgn abaikan bahaya! Ya Allah semoga kami terpelihara daripada kejahatan manusia seperti mereka.😔😭

Monday, April 22, 2019

Resepi Telur Bistik

Dinner semalam masak telur bistik guna bahan yang ada kat dapur je. Atleast main ingredient ada kira ok lah onz terus! Since ada kak tu mntak resepi bah kita share sini jgklah. mudah2an anak kak tu cpt sembuh n selera nk mkn lg. ok lets check it out!

Bahan2
isi ayam/daging kisar(aku guna daging kisar 200gm)
lobak(klu ada mix vege tu lg bgusla)
tomato
bwg holland
bwg merah 1biji
bwg putih 3ulas
lada hitam
lada putih
sos tiram
sos cili
sos tomato sikit jak
Telur 2biji
minyak sikit
Sos ikan( xperlu letak garam sbb dh cukup masin dah)
Gula sikit shj

Caranya;
Tumis bwg merah bwg putih lepastu masukkan daging kisar.nampak dah mcm nk masak tu, letak lada hitam lada putih sos tiram sos cili sos tomato sos ikan. Aku letak air sikit biar didih.pastu bru masuk lobak tgu kejap then bru masuk tomato sama bwg holland.

Lepastu dadarkan telur, kasi lebar(haha paham ka idok?) aku kasi tebalik kan telur tu kasi masak. baru masuk daging td baru bungkusla telur tu.matikan api letak pinggan atas telur baru telangkupkan. Siap!




P/s: resepi nie mmg guna bahan yang ada di dapur shj. Kalau nak tambah sayur lain mcm capsicum ka, mana2 uols suka lah terpulang. Dannn, daging 200gm tu dpt byk tau so boleh bahagi dua kot letak dlm telur tu ok😁👌

Selamat mencuba!

Sunday, April 21, 2019

Dropship Asha

Entri kali ini aku nak cerita pasal dropship. Dahulu kala(cewah mcmlah lama sgt kan) ada kawan suggest jgk. Tp aku mcm 50/50 weyh sebab dah knp pulak? Sebab aku rasa kalau post kat socmed akan ganggu orang la, org xnak support la n mcm2 la. So suggestion tu hanya tgl suggestion shj la.

Sampailah tahun 2018, tahun lepas sbb aku dh duduk rumah slps bersalin kebetulan bulan aku bersalin anak ke-2 bulan y sama aku end contract dgn cimb. Macam aku rasa bosan tahap gaban padahal mmg busy weyh dgn ank kecil plus hero tu. Tapi teruskan jgklah dgn niat nk ada pendapatan sendiri daripada buang masa dduk rumah kann.

Dropship Bella Ammara

Starting tu aku nmpk bella ammara ada buat promote la dorg cari dropship mmg xdak byrn. Huhh, mmg tu la aku nak cari sbb modal pn bknnya ada sgt. Komenlah dkt ig tu. Lepastu ada org trus whatsapp pasal benda tu la kan. Maka bermulalah aku kd dropship bella ammara tp aku under sungai petani punyalah. Nama kira leader la kan, Fiena. Dia mmg baik tunjuk ajar semua. Siap buatkan logo bagai.

Memulah tu byk jgk kena add dlm ws n paling penting kena ada telegram. Nahh tu lah kena baca n tgk btl2. Mmg akan pening weyh sbb byk sgt. Memula tu aku post je kt ig personal aku sbb mana nk pandai sgt buat ig bisnes. Tapi firna sarankan better ada ig bisnes sbb kalau post kt ig personal mmg orang mcm bosan lbh kurg gtu la. Tapi seriously, byk jgk post dkt ig personal, xbanyak pun like uols...Nahh slps brp hari atau minggu kot, barulah try buat ig bisnes.


Gambar memula aku promote
 
Dropship Warda Exclusive

Ok yang nie dropship kedua. Selepas beberapa hari kot aku joined warda nie. Tapi yang nie kena byr Rm10 so okla not bad. Ada jugaklah duit aku sikit nak bayar. Sebab rasa seronok pulak jd dropship mmg byk ilmu baru y baru kita nak belajar. Tapi biasalah awal2 mmg pening nak baca mana satu dulu nie. But worry not. Ada master ds yang akan guide selain ketua sebenar. Kdla master ds tu baik jugak eh semua dorg tu baik bagi tunjuk ajar semua. 
1st photo promote warda 


Nahh ig dah disertakan tu jgn lupa follow ya. Kalau berminat boleh la pm kita terus ya. Ok dah penat , c ya!



Thursday, April 18, 2019

Resepi Cakoi & pau goreng inti kacang tanah


Hai assalamualaikum

Semalam xsempat nak post sbb agak busy, maklumla terkejar2 nak buat benda. Biasalah ada anak kecil nie mana nak layan hero lg. Mesti tanya rajin ya masak atau buat kuih ada anak kecil nie? Tengok keadaan, to be frankly mmg kena curi2 masa. Kadang tu ada jgk terpaksa walaupun c tecik tu dah menangis. kalau xmasak y hero tu nak makan apa pulak kan.

Baiklah cakoi nie mmg selalu buat sbb mudah, kalau mmg teringin sgt kuih tu mmg buat la. semalam teringin jgk pau goreng inti kacang tanah tu maka buatlah. Buat kuih nie main agak2 je sbb kdg buat byk then y lbh frozenkan, kdg tu buat sikit je. Mmg jenis nak mkn kuih, kuih2 kampung. kalau xdak mmg akan tercari2. o ya, cakoi tu biasanya kitorg mkn dgn planta+kaya mmg mabeles i tell uuu! Kdg husb n hero tu suka mkn dgn nutella punn ok jgk sodap!

Resepi cakoi
1/2kg tepung gandum
1/2 paket yis
1sudu kcl baking powder
gula sikit je
garam secubit
minyak masak
Air

Resepi pau goreng
Sama je dgn cakoi bezanya cuma ada inti tu(paham dok?)

Untuk inti
Sangai @ goreng tanpa minyak kcg tanah. Lepastu sejukkan sblm blend kering bersama gula. Ikutlah nak manis cmna, aku mestilah kurangkan gula.

Caranya letak terus yis n baking powder bersama tepung tak lupa gula garam. Sebatikan dan terus adun dgn air jgn keras sgt jgn lembik sgt yang sedang2 saja...lepas tu masukkan minyak masak gaul smpai sebati. knp nk letak minyak? supaya cakoi tu rangup kt luar lembut d dlm. nak tukar planta pun boleh tapi aku xsuka sbb nnti xrangup.🤭

Tunggu 1/2 jam pn dh boleh uli dah. leperkan & potong2 ikut kesesuaian dan doublekan, letak air sikit spya melekat keduanya then tekan kt tgh2 guna pisau jgn smpai tbelah dua pulak ya. Untuk pau goreng aku guna je cawan utk tekap bulat2. leper2 kan sikit lepastu letaklah inti kat dlm tu. Biarkan bebrp minit sblm digoreng.

Pastikan minyak banyak ya kt dalam kuali n betul2 panas. Kalau xpanas kuih tu xkembang cantik. Dah siap!






Wednesday, April 17, 2019

Resepi Nasi goreng Sardin

Semalam dok teringin sangat nasi goreng sardin. nie semua psl ig la nie haipp! Apalagi terus buat la jawabnya kebetulan bahan2 dh mmg ada kan kat dapur tu.

Resepi
nasi
sardin
bwg merah 1 biji
bwg putih 3ulas
sayur kobis
cili padi
minyak masak
telur 3biji

Goreng telur tu hancur2 kan ya, ketepikan. Tumis bwg merah bwg putih cili padi. dah naik bau masukkan sardin, gaul sekejap sahaja terus masukkan nasi. Jangan lupa garam n perasa, dah nampak masak cunn, barulah masukkan sayur kobis gaul sebentar then siap!



Dua sudu?🤭
Mesti pelik kan dah kenapa pulak dua sudu tu?hahaha..yang nie lawak, sebenarnya nak ambil garfu di sebabkan dalam kepala nie byk sgt fikir, maka tu la jadinya. Hentam sajalah...🤣 Nie baru dua anak, kalau 3 4 macam mana pulak la busy tu.😁🤭🤦‍♀️





Tuesday, April 16, 2019

Resepi Tauhu Bergedil Daging

Asslamualaikum

Hari ni nk cerita psl tauhu bergedil y tgh hot skg nie. Buat haritu lg, saja la nk post kan. Sblm2 nie mmg lama dh teringin sbb pnah mkn skali kwn bg rasa dia order kt org time tu still keja kt cimb lg. sekali rasa mmg perghhh... kena lg ngn sambal kicap tu yaaa ampunnnn mmg delishhh i tell u!!

Tapi d sebabkan penyakit malas tu makanya xbuat lg.. dok teringin asik tgk ig org jual nak beli katanya tp mcm mahal je lpstu macam sikit je🤣🤣🤣Then...buat jgkla, woww mmg dpt byk n buat trus jd sebab aku rasa tu la resepi paling senang dlm duuniaaaa😁🤭hiperbola sgt ya! Sblm buat tu tnya2 adik dlu sbb dia pnah buat dia ckp sonang n sodap kihkih..nahh semangat sikit la nk buat. My husb pn asyik dok tnya mana dh tauhu tu lps dh mkn...kihkih

Joms tgk resepi( resepi hbskan tauhu 1 plastik tu ada 24biji xsilap)
Tauhu goreng
daging kisar ramly 1 keping
kentang 2 biji
daun sup
lada sulah
lada hitam
bwg putih 2
bwg merah 1
Telur 2biji

Pertama sekali kena rebus la kentang tu smpai empuk then lenyek.(biarkan sejuk terlebih dahulu, kang xmemasal melecur tgn😁) Tumisla mcm biasa daging kisar tu smpai empuk, dh nmpk empuk msukkan garam perasa lada sulah lada hitam daun sup. Gaul bersama kentang td then boleh isi kt dlm tauhu dh. keluarkan isi tauhu tu kalau nak campur sekali pn boleh. Sis ambil sikit je campur kt dlm kentang tu. Sblm masukkan sis bulat2 kan terlebih dahulu kentang + daging tu. Ikutla cara mn pn boleh sajaaaa. Lepas dh siap semua, pecahkan telur utk kita celupkan tauhu tu spy isi dlm tu xterkeluaq. Panaskan minyak goreng tu jgn lama sgt n api pn jgn kuat sgt tauuu kang hangus hitam  legam la tauhu uolss tu. Lepastu boleh hias dgn cili potong n daun sup @ bwg goreng.



nahh jamu mata


Opps terlupa plak, cili kicap ;
cili ikutla byk mn pn
bwg merah(optional xnk pn xpa)
bwg putih
limau kasturi
kicap

Caranya, goreng sekejap bwg n cili tu, blend campur kicap n limau. Garam perasa n gula d lupa jgn. done!

Dah tu je goodluck!

Monday, April 15, 2019

Resepi Butter cake resepi durrhaka

Assalamualaikum....

Fuhhh....nie kali ke-3 buat blog ya...1st tu mmg kirimsalam je la...email pasword xtau😁..2nd mmg dh permanently deleted. buat blog since 2011, then stop lpstu buat bru 2014 dh deleted dh. Awl2 tu kwn y tlg ajarkan sifu nur dalia😘...tengkiuu yunkk! Np start semula buat blog? Sebabnya bosan xdak keja, better bercerita kt sini di samping gilap blek skill menulis tuu.

Ok lets get started...semalam merajinkan diri buat kek, kek butter. 1st trial buat sebenarnya, tapi nak jgk durhaka dgn resepi ya🤣...resepi pun dari pak google je... kek tu ok je mkn, tp kalau org lain rasa xsedap kot. weolss makan je ngn ank...🤭😁 ok aku bg la resepi durhaka tu ya;

Butter cake ashawarya’s stail
1 1/4 cwn Tepung gandum
1/2 sudu soda bikarbonat
1 sudu baking powder
3biji telur
1 penutup vanilla essence
3/4 cwn gula icing
1/2 susu cair
choc chip


Dah knp xikut resepi btl2? sbnrnya guna brg apa y ada je kt dapur. sblm2 nie buat kek guna tepung bluekey tu, kali nie tepung biasa so rsau xmenjadi letak la soda bikarbonat jgk selain baking powder. Sepatutnya xpyh letak pun.  Next time boleh perbetulkan mana y xbetul la. Korg klu nk ikut resepi nie boleh je, jd jgk kek tu...tp xsesedap pakar y buat la.



nahh nindiaa taraa...🤭😁
Sesapa y bru nak start baking2 nie jgn takut2...kalau kita xbuat kita xtau kannn...sbb bljr nie bkn teori jerrr...selamat mencuba everyone(slang peppa pig)😁😁

P/s ; jgn lupa mlm nie #nur2, mgu nie mcm makin hangat je sbb ust madi y lawak tu tp watak antagonis...kihkih